Manusia sering lalai dan melakukan kesilapan.
Aku mengaku aku bukan lah manusia yg sgt sempurna, byk kekurangan yg kadang kala aku sedar atau tidak.Selagi itu setiap perubahan yg aku lakukan pasti tidak memuaskan hati aku.Mengapa?
Kerana perubahan itu belum cukup untuk menjadikan aku seorang yang cukup tabah melalui liku-liku hidup sebagai seorang manusia.
Pernah aku terfikir,kenapa aku tak boleh jadi seperti orang itu..
Byk sgt kelebihan yang dia miliki. Tp aku alpa yang setiap manusia itu Allah beri kelebihan dan juga kekurangan.
Aku bersyukur,tp syukur aku pada Allah itu seumpama hanya di bibir tapi di hati lain.
Moga dengan perubahan yang bakal aku lakukan, Allah akan membimbing aku dan aku mendapat semangat dari orang di sekeliling aku.
Amin.





0 comments:
Post a Comment